MAKALAH TEORI PEMBELAJARAN



BAB I
PEMBAHASAN

A. TEORI-TEORI PEMBELAJARAN
1. teori pembelajaran kognitif
            Teori pembelajaran kognitif  adalah berkaitan dengan proses mental yang melibatkan pengamatan, pengetahuan dan pemahaman. Ahli-ahli psikologis yang terkenal seperti  Kohler, Koffa,Piaget,Brunner, Ausuble,dan Gagne. Mereka semua berpendapat proses pembelajaran adalah satu proses dalaman yang berlaku dalam akal fikiran yang tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku manusia. Proses celik akal, pemprosesan maklumat menggunakan struktur dalaman kognitif dari pelbagai peringkat umur dan kebolehan murid.  Semua maklumat  yang di terima di padankan dengan makluamat yang  sedia  ada, diubahsuai dan disusun semula seterusnya menghasilkan sesuatu maklumat  yang baru.
a.      prinsip-prinsip kognitif
1.    Bahan –bahan pembelajaran di susun daripada mudah ke susah.
2.    Memahami pembelajaran lebih baik daripada hafazan.
3.    Pengetahuan sedia ada murid digunapakai dan disesuaikan dengan pembelajaran yang baru.
4.   Isi pelajaran perlu disusun mengikut pola-pola yang  tertentu supaya murid lebih mengingati.
5.    Setiap murid mempunyai perkembangan individu yang berbeza.      
b.      pendekatan teori kognitif
1.   Menekankan kepada proses mental dalam yang bermaksud maklumat yang di terima diproses melalui perbandingan, peniruan dan penyatuan dengan maklumat lain yang sedia ada, diubahsuai pula dan disusun semula.
2.   Menekankan kepada proses pengamatan, ingatan, pemikiran, dan penyelesaian masalah.
            2.  Teori pembelajaran konstruktivisme
Teori ini adalah berkaitan dengan pengajaran yang berdasarkan kepada penyelidikan dan pengalaman. Pembelajaran terbina dari pada hasil pencatuman maklumat dengan pengetahuan sedia ada. Proses pembelajaran di bawah teori ini juga  menggalakan pelajar berkomunikasi dengan bahan untuk mendapatkan jawaban. Murid di beri peluang  meneroka sepuas-puasnya dan mendapatkan jawapan serta kesimpulan sendiri. Tokoh-tokoh  yang terkenal terdiri daripada Jean Piaget, Bruner, Lev Vygotsky dan John Dewey. Kesemua tokoh-tokoh ini melihat proses pembelajaran sebagai aktivfiti pembinaan mental yang dicantumkan dengan maklumat baru. Teori ini menekankan kepada penglibatan pelajar dalam menyelesaikan masalah. Pelajar akan membina pengetahuan sendiri untuk menjana idea dengan berdasarkan pengetahuan sedia ada. Semua maklumat baru yang ada akan diolah dan disesuaikan dengan satu kerangka maklumat baru yang dinamakan Konstruktivistime.
a.      Pinsip-prinsip pembelajaran konstruktivisme
Proses pembelajaran yang berlaku adalah proses sesuatu aktiviti yang aktif. Semasa proses pembelajaran berlaku , ianya melibatkan aktiviti sosial dan perkembangan bahasa sesama murid. Contohnya aktiviti yang dijalankan secara kumpulan ketika bermain lego. Murid akan  belajar dan mendapat sesuatu input yang baru semasa proses belajar dilangsungkan. Aktiviti yang dijalankan melibatkan perkembangan minda, pergerakan fizikal dan pengetahuan sedia ada murid. Guru sebagai fasilitator dalam proses aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Pengetahuan dan idea setiap murid akan digunapakai dalam proses pembelajaran.
b.      Implikasi teori pembelajaran kognitif dan konstruktif dalam pengajaran dan pembelajaran
Guru perlu menggunakan bahasa yang sesuai dengan tahap kebolehan murid supaya mudah difahami dan murid memahami objektif yang hendak dicapai oleh guru. Guru perlu bersedia dengan bahan-bahan yang dapat meransang minda murid dan senantiasa diubahsuai mengikut aktiviti yang akan dijalankan. Guru semestinya peka kepada kesesuaian persekitaran pembelajaran terutama dalam bilik darjah supaya dapat mendorong atau memotivasikan murid untuk terlibat dalam aktiviti pembelajaran. Proses pembelajaran yang berlaku perlu mengambilkira pengetahuan sedia ada murid dan menggunakan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran yang baru. Contohnya aktiviti  makan dan minum yang telah dipelajari dirumah, disekolah guru boleh mengukuhkan lagi dengan menerapkan adap-adap semasa makan. Guru bertindak sebagai pemudah cara dan sentiasa menbantu murid dalam aktiviti pembelajaran. Keadah pembelajaran secara koperatif dan kolaboratif sangat efektif digunakan dalam proses pembelajaran. Penilaian secara tradisi sangat tidak sesuai digunakan lagi, dan teknik pembelajaran seperti hafazan dan syarahan tidak menjadi begitu efektif berbanding aktiviti berkumpulan.
3. Teori pembelajaran jean piaget
Teori pembelajaran Piaget lebih menekankan kepada konsep perkembangan, pertumbuhan kecerdasan yang dipengaruhi oleh lingkugan sosial dan kematangan. Ahli psikologis yang berasal dari Switzerland menyatakan bahawa semua kanak-kanak mempunyai kecenderungan yang berbeza mengikut keupayaan dan kebolehan masing-masing. Menurut Piaget ada 4 tahap perkembangan yang akan dilalui oleh semua kanak-kanak.
1)   Tahap sensorimotor yaitu dari lahir sehingga berumur 2 tahun dimana kanak-kanak akan memerhati dan  melalui pengalaman akan mempelajari sesuatu yang dilihat, dirasa dan disentuh.Pada peringkat ini kanak-kanak akan menggunakan deria motor untuk memahami dan berinteraksi dengan persekitaran. Pada tahap ini juga tiada konsep pengekalan kerana kebolehan mental sangat terhad kepada objek yang dapat dilihat sahaja.
2)   Tahap pra-operasi yaitu dari 2 tahun hingga 7 tahun  dimana kanak-kanak mula menggunakan kecekapan  kemahiran motor kasar dan halus  untuk meneroka sesuatu yang baru. Pada peringkat ini kanak-kanak mula memahami symbol dan keupayaan berbahasa yang sangat terhad untuk mengambarkan sesuatu konsep. Perkembangan kognitif akan menjadi lebih pesat apabila kanak-kanak mula fasih bertutur.
3)   Tahap operasi konkrit iaitu dari 7 tahun hingga 11 tahun dimana kanak-kanak mula menggunakan pengetahuan dan akal fikiran untuk mempelajari sesuatu yang konkrit. Kebanyakannya pada tahap ini kanak-kanak memerlukan objek dan peristiwa-peristiwa sebelum dapat menyelesaikan beberapa masalah. Pada peringkat ini juga kanak-kanak sudah boleh mempelajari lebih daripada satu perkara dalam satu masa. Namun demikian keupayaan berfikir secara logik masih terbatas kepada konkrit sahaja.
4)    Tahap operasi formal iaitu berumur 11 tahun  ke atas yang akan lebih mempelajari sesuatu yang lebih abstrak.( dari konkrit ke abstrak).Ini adalah peringkat perkembangan kognitif  yang paling penting di mana kanak-kanak akan berusaha menyelesaikan masalah yang konkrit dan abstrak. Penglibatan kanak-kanak yang lebih aktif akan menggalakan perkembangan pemikiran  dan membuat penaakulan.
Merujuk kepada tahap-tahap perkembangan di atas,  Piaget telah menunjukkan semua kanak-kanak cuba mengadaptasikannya  mengikut kepada pengalaman dan kesesuaian keadaan. Adaptasi dan keseimbangan adalah saling berkait dan saling mempengaruhi antara satu sama lain. Urutan setiap tahap tersebut tidak dapat diubah dan saling berkaitan secara tidak langsung.Menurut Piaget proses perubahan tingkahlaku individu untuk mengadaptasikan diri dalam alam sekitar adalah sebenarnya proses pembelajaran. Proses asilimasi di mana semua pengalaman lalu akan akan dikaitkan dengan pengalaman yang baru  untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baru. Pengalaman yang baru tersebut pula dinamakan akomodasi  iaitu satu proses yang merubah struktur kognitif.
a.         Implikasi teori pembelajaran piaget dalam proses pengajaran dan pembelajaran
1.  Pengetahuan sedia ada digunakan dalam proses pembelajaran untuk menghasilkan satu sistem maklumat yang baru.
2.  Isi pelajaran akan dikembangkan dan dikaitkan dengan mengikut peringkat kognitif kanak-kanak dan tahap keupayaan masing-masing.Contohnya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dengan tema buah-buahan. Murid akan diberi penerangan mengenai jenis –jenis buah-buahan tempatan, serta dikaitkan dengan rasanya. Pada tahap ini murid-murid akan memberikan berbagai cerita atau pendapat berdasarkan pengalaman.
3.  Isi pelajaran akan disusun daripada konkrit ke abstrak yaitu dari senang ke susah. Contoh dalam mata pelajaran matematik. Konsep pra nomor akan diajar dulu sebelum mempelajari nomor.
4.  Penglibatan kanak-kanak  adalah secara aktif  dalam aktiviti kumpulan digalakkan dan mereka saling berinteraksi antara satu sama lain. Komunikasi dua hala dan bertukar pendapat semasa menjalankan aktiviti menggalakkan perkembangan bahasa.
5.  Motivasi secara instrinsik dipupuk supaya kanak-kanak dapat digerakkan secara aktif dalam aktiviti. Contohnya dengan memberi pujian , kata-kata galakan, dan sokongan dapat merangsang mereka.
4. Teori pembelajaran  LEV VYGOTSKY.
Lev Vygotsky adalah seorang ahli psikologis, dan karyanya sangat terkenal di dunia barat pada tahun 1960an.  Teori Vygotsky lebih menekankan kepada  interaksi antara aspek internal dan eksternal dalam pembelajaran. Menurut Vygotsky  sistem sosial sangat penting dalam perkembangan kognitif  kanak-kanak. Mereka akan berinteraksi  dan berkolaborasi untuk mengembangkan sesuatu yang baru. Vygotsky menekan bahawa perkembangan kognitif seseorang kanak-kanak sangat dipengaruhi oleh sosial dan budaya. Teori  beliau juga ada menyebut mengenai “scaffolding”  yaitu memberikan sejumlah besar bantuan pada tahap awal pembelajaran dan kemudian mengurangi bantuan tersebut dan memberikan kesempatan kepada kanak-kanak mengerjakan sendiri. Bantuan yang diberi adalah seperti  peringatan, petunjuk dan dorongan  sehingga kanak-kanak tersebut boleh  melakukannya. Dalam teori ini menyatakan potensi murid dapat dikembangkan melalui usaha dan pengalaman sendiri dalam proses pembelajaran, sehingga ke satu peringkat kanak-kanak akan boleh melakukannya sendiri tanpa bantuan orang lain.
a.      Konsep konstruktivisme  lev vygotsky
Merujuk kepada gambarajah di atas , Vygotsky telah menerangkan mengenai konsep “scaffolding” . Kanak –kanak mempunyai had perkembangan individu yang berbeza. Setiap kanak-kanak akan melalui proses pembelajaran dengan bantuan rekan dan guru sehingga berjaya menguasai dengan sendiri. Proses ini akan berulang-ulang berkali-kali sehingga kanak-kanak mempunyai keyakinan untuk melakukannya sendiri walaupun masih mengharapkan bimbingan daripada orang lain. Pada peringkat ini kanak-kanak akan menunjukkan kebolehan menyelesaikan masalah melebihi daripada kebolehan diri sendiri. Pada satu peringkat dimana kanak-kanak berjaya melakukan aktiviti-aktiviti yang sukar tanpa bantuan orang lain berdasarkan pengalaman masing-masing.

b.  Implikasi teori pemelajaran vygotsky terhadap pengajaran dan prembelajaran
1.  Pembelajaran dijalankan secara koperatif supaya murid-murid dapat berinteraksi antara satu sama lain. Contoh dalam mata pelajaran sains, murid akan diminta membuat satu uji kaji mengenai tumbuhan dalam kumpulan. Mereka akan berbincang dan mengeluarkan pendapat masing-masing dengan menggunakan pengetahuan sedia ada untuk mencapai satu keputusan.
2.  Konsep bantu sepenuhnya dan cuba sendiri dalam pembelajaran  merupakan satu interaksi pengalaman yang berkesan. Contohnya ada sekumpulan murid dalam ujikaji sains seperti diatas memerlukan bantuan guru untuk memberi idea dan menggerakkan mereka dalam aktiviti tersebut sehingga mencapai satu keputusan.
3.  Perkembangan kognitif murid akan lebih teransang sekiranya pengetahuan sedia ada digunakan dalam proses pembelajaran. Contohnya dalam aktiviti seperti di atas juga, murid akan cuba menggunakan pengalaman masing-masing untuk di adaptasikan dalam ujikaji sains tersebut. Semasa proses ini berlansung pelbagai percubaan yang berulangkali dilakukan sehingga objektif dapat dicapai.
                   
B. KONSEP BELAJAR DALAM ISLAM
Belajar merupakan hal yang sangat vital dalam dunia pendidikan, tanpa adanya proses belajar sesungguhnya tidak ada yang namanya pendidikan. Islam sangat mengapresiasi para jiwa-jiwa yang memiliki kesungguhan dalam belajar (mencari ilmu) dan orang yang mempunyai ilmu, hal ini terlihat jelas dalam Kibullah al-Azim surat al-Mujadilah ayat 11 yang artinya:
“……Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. dan Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan”.
Pembelajaran pertama sesungguhnya telah diajarkan pada manusia oleh Allah SWT.pada nabi Adam lewat pengajaran terhadap nama-nama, pada Khabil putra nabi Adam yang mendapatkan pembelajaran lewat perantara burung gagak yang diutus oleh Allah SWT. untuk mengajarkan bagaimana menguburkan saudaranya yang dibunuh, begitu juga peristiwa pembelajaran yang diterima oleh nabi Muhammad SAW. pada wahyu pertama lewat perantara malaikat Jibril yang mengajarkan nabi Muhammad SAW. Iqra’ yang artinya “membaca”. Disamping itu banyak terdapat kata-kata dalam al-Quran yang mengindikasikan pada kita untuk belajar, seperti Afalaa Ta’qiluun, Afalaa Tatazakkaruun, Afalaa Ta’lamuun dan masih banyak yang lainnya. Istilah-istilah yang seperti di atas memberikan inspirasi pada manusia agar mendayagunakan potensi Psiko-Psikis yang telah diberikan Allah SWT.baik itu akal, indra dan yang lainnya untuk selalu belajar. Potensi yang diberikan Allah SWT.ini memiliki fungsi masing-masing yang satu dengan yang lainnya memiliki keterikatan yang fungsional. Hal ini ditegaskan Allah SWT.dalam al-Qur’an surat al-Nahal ayat 78 yang artinya:
“Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur”.
Af’idah dalam ayat diatas menurut Quraisy Shihab berarti “daya nalar”, yaitu potensi atau kemampuan berfikir logis atau dengan kata lain “akal”. Dan berkenaan dengan potensi akal ini, al-Qur’an surat al-Zumar ayat 9, juga menegeskan perbedaan antara orang-orang yang berilmu dan orang yang tidak berilmu.
“(apakah kamu Hai orang musyrik yang lebih beruntung) ataukah orang yang beribadat di waktu-waktu malam dengan sujud dan berdiri, sedang ia takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah: “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran”.

BAB II
PENUTUP

A. KESIMPULAN
            Dari pembahasan diatas, maka kami dapat menarik kesimpulan bahwa tori pembelajaran kognitif, ini mengacu pada proses mental yang melibatkan pengetahuan pengamatan dan pemahaman. Dimana hal ini dapat kita lihat dari tingkah laku dan cara berfikir seseorang atau peserta didik.
            Selanjutnya teori pembelajaran  konstruktivisme ini berhubungan dengan penyelidikan dan pengalaman, dimana dalam teori ini peserta didik di ajarkan untuk dapat berkomunikasi, kepada rekan maupun kepada masyarakat.
            Kemudian teori pembelajaran jean piaget ini mengacu pada perkembangan kecerdasan seseorang, dimana hal ini karena adanya pengaru social dan kematangan cara berfikir seorang. siswa
            Kemudian pada teori pembelajaran lev vygotsky, teori ini lebih menekankan pada interaksi atau hubungan peserta didik dan social yang bersifat internal maupun eksternal dalam pembelajaran. Hal ini baik di gunakan dalam proses pembelajaran, karna dengan teori ini maka juga akan mengembangkan sikap mental siswa yang brsifat tertutup.
Dalam alquran telah di ketahui bahwa ilmu sudah kita dapatkan sejak masih dalam kandungan, kemudian sejak diciptakanya nabi adam as, Allah telah memberikan pengajaran beserta ilmu pengetahuan kepada nabi adam as tentang nama-nama buah, oleh karena itu marilah kita gunakan ilmu kita kepada hal-hal yang brmanfaat, bukan ke hal-hal yang dapat merugikan diri maupun orang lain, dalam surah al-Azim surat al-Mujadilah ayat 11  telah di jelaskan yang artinya sbb.
 “……Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. dan Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan”.

DAFTAR PUSTAKA

 CIKGUSUE PKHAS. 2008. Teori pembelajaran.(www.kompas.com) diambil 8 juni 2013

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Berikan komentar yang bersifat membangun, agar kami dapat mengembangkan media ini!